Lapangan terbang ini menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang yang lama sebagai lapangan terbang utama Bangkok bagi semua penerbangan komersil. Ia hanya lebih kecil sedikit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (570,000 m²), tetapi lebih besar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (496,000 m²) di Korea Selatan. Direka bentuk oleh Arkitek-arkitek Murphy/Jahn, lapangan terbang ini mempunyai menara kawalan yang tertinggi di dunia (132.2 m) serta bangunan tunggal dan terminal lapangan terbang yang kedua terbesar di dunia (563,000 m²). ![]() Nama Suvarnabhumi dipilih oleh Raja Bhumibol Adulyadej dan merujuk kepada sebuah kemaharajaan kuno yang dikatakan berpusat di salah satu kawasan di Asia Tenggara. Lapangan terbang ini terletak di Racha Thewa di dalam daerah Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, hampir 25 kilometer di timur Bangkok. Lapangan terbang ini adalah hab utama untuk Thai Airways International serta Bangkok Airways, dan merupakan kota tumpuan bagi sistem-sistem penerbangan Asiana Airlines, China Airlines, Cathay Pacific, Korean Air, Aeroflot, Emirates, Air India, Etihad Airways, EVA Air, India Airlines, Lufthansa, United Airlines, Air China, Japan Airlines, dan SriLankan Airlines. Selepas banyak kelewatan dalam penyiapan pembinaannya, lapangan terbang ini dibuka dengan pemberian perkhidmatan yang terhad pada 15 September 2006, dan terbuka untuk semua penerbangan komersil pada 28 September. ![]() Lapangan Terbang Suvarnabhumi ( Tulisan Jawi: لاڤڠن تربڠ سوۏارنابومي), juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok (Baharu) (IATA: BKK, ICAO: VTBS), ( bahasa Thai: ท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ, disebut suwanapoom), adalah lapangan terbang antarabangsa yang berpusat di Bangkok, Thailand dan yang melayani kawasan tersebut.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |